Mamasab International Sdn Bhd (dulunya Sabrina Bakery Sdn Bhd) merupakan sebuah syarikat yang menjual produk-produk bakeri dan manisan (desserts) selain produk-produk kelengkapan rumah yang lain, dengan menggunakan sistem ejen dropship.
Mamasab International kini sudah memiliki 25 cawangan seluruh Malaysia, dengan hasil jualan sebanyak lebih 180 juta untuk tahun 2021. Kini Mamasab sudah mempunyai lebih 300 mini cawangan (minihub) di seluruh Malaysia, malah mempunyai 2 buah Café & Grill restoran. Selain itu, Mamasab telah melebarkan sayap di dalam bidang kosmetik, fesyen dan kelengkapan rumah dan mensasarkan sebanyak 50 cawangan dan 1000 minihub pada tahun 2025.